logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Eh laici ke ni ?

2008.04.21 Monday

Hari ni Adik dan Along mengenal benda baru. Hahaha.. buah rambutan dikatanya laici.
rambutan
"eh laici ke ni..."

afiq
"eh bukan lah.."

aina
Adik suka sangat makan rambutan

Selera

2008.04.17 Thursday

Lama dah mama tak menghias makanan untuk Adik dan Along. Sibuk memanjang.. dah tak sempat nak hias.

Dua tiga hari ni Adik kurang selera makan. Sarapan tak nak makan. Makanan yang dia bawa gi tadika pun tak habis dimakan. So hari ni mama hiaslah sikit makanan dia. Susun dalam bekas cantik-cantik dan sediakan dessert sekali kat dalam bekas tu.
Bila tengok mama buat macam ni.. habis dimakannya.. tak payah nak paksa-paksa lagi dah.

kereta
licin........

Ubat paling mujarat

2008.04.15 Tuesday

Along kalau nangis, ubat paling mujaratnya papa takleh ada kat rumah. Kalau papa ada menjadi-jadi je nangis dia.. susah sungguh nak berhenti.

Hari ni dia tak gi sekolah. Bangun pagi tadi sakit gigi. Menangis sampai tertonggeng-tonggeng. Dari pukul 7pg sampai kul 8 pg dok menangis. Lepas tu tak sampai 5 minit papa keluar gi kerja, terus stop nangis. Tetiba je boleh senyap. Boleh main game kat pc.. siap buat bunyi-bunyi lagi mulut dia.

Dari dulu sampai sekarang tak berubah lagi sifat dia. Kalau ada papa, menangis dia memang menjadi-jadi. Susah nak berhenti. Sama juga kalau pergi shopping dengan papa. Apa saja barang yg dia nak tak dapat mulalah buat perangai macam-macam kat supermarket tu. Tapi kalau pergi shopping tanpa papa, dia akan ikut je mama tanpa banyak soal. Kalau mama kata tak boleh beli barang yang dia nak.. dia diam je. Tak tunjuk apa-apa protes. Tapi kekadang ada juga mama perhatikan dia gosok air mata. Sedih sebab tak dapat benda yang dia nak.

Tadi lepas hantar Adik gi tadika. Mama bawa Along jumpa doktor. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Gigi yg sakit tu tak boleh lagi dicabut. Doktor kata belum sampai masanya lagi gigi sementara tu dicabut. Kalau cabut juga, gigi yg tumbuh lepas ni tak tersusun elok. Sebab gigi yg berhampiran dengannya akan bergerak ke arah ruang gigi yg dah dicabut. Ini kesan untuk jangka panjang.

Sekolah pagi

2008.03.19 Wednesday

Adik dah start sekolah seisi pagi hari isnin lepas. Masuk hari ni dah 3 hari dia dah sekolah pagi. Katanya dia seronok dengan sekolah pagi berbanding dengan petang walaupun dia mengadu perkara yg cikgu ajar lebih susah dari sekolah petang.

Memang tu lah sifat Adik, yang susah tu lah yg dia suka.. kalau cikgu ajar yang senang-senang ni dia mudah cepat boring.. mungkin tak mencabar kot..

Sekarang ni dia suka sgt jawab soalan-soalan kat website ni . Soalan-soalan untuk tahun 1. Bila dapat markah tinggi dia rasa seronok sangat. Mama join program tu sebenarnya untuk Along tapi dia pula yang terlebih excited dan terlebih rajin. Padahal kat dlm website tu takde pun untuk budak-budak tadika macam dia.. so terpaksalah dia buat soalan-soalan untuk budak-budak tahun 1.
 1/171PAGES >>