logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

6 tahun 9 bulan

2008.02.26 Tuesday

Anak mama yg sorang ni dah besar. Dah teringin nak gi sekolah sendiri padahal bawa basikal pun tak reti lagi. Hehehe..

6 tahun 9 bulan
berlatih kayuh basikal tanpa tayar kecik..

6 tahun 8 bulan

2008.01.25 Friday

Hari ni Along dah mampu tersenyum balik dari sekolah. Katanya cikgu tak marah-marah pd dia lagi. Tapi kotak penselnya pula kosong.. semua kawan kelas dia ambik.. Aduhlah anak mama ni.. baik sangat. Sampai semua org kebas barang dia.

6 tahun 8 bulan
sebelum gi kelas kafa

6 tahun 4 bulan

2007.09.29 Saturday

Along sekarang ni dah boleh terima yang kami semua akan balik Malaysia. Tak seperti 3-4 bulan lepas. Tapi bila sensei bagi tegami untuk pergi ensoku, dia mula sedih sebab dia dah tak sempat nak join.

Ensoku youchien kali ni pi disneysea.. Takpelah Along.. kita dah banyak kali pi disneysea tu..

6 tahun 4 bulan
6 tahun 4 bulan

6 tahun 3 bulan

2007.08.28 Tuesday

Makin besar ni makin banyak benda yang dia nak tahu.. so makin banyak soalan yang keluar dari mulutnya.. kadang-kadang berulang-ulang dia tanya soalan yang sama. Nasib baik papa selalu layan soalan-soalan dia tu walaupun berulang kali ditanya. Tadi soalan darinya..

"Naper kena bayar duit kalau nak beli barang? "

6 tahun 3 bulan

6 tahun 2 bulan

2007.07.24 Tuesday

Ni anak mama sorang ni.. kena jaga sangat-sangat jangan bagi dia nangis.. kalau dia dah start nangis.. aduii.. susah sungguh nak pujuk.

Sekarang ni dia dah mula persoalkan.. naper kulit dia gelap tak macam Adik. Kenapa Adik kawai.. dia tak... Ni pun satu masalah.. penat juga nak jawab soalan dia ni. Bukan sekali dua dia tanya. Hampir setiap hari!.. Kalau tanya saje takpe.. ni sedih-sedih sampai nak nangis..

6 tahun 2 bulan

6 tahun 1 bulan

2007.06.24 Sunday

Eh tersama pula baju dgn gambar bulan lepas. Ni ler baju yg Along suka pakai sekarang.

6 tahun 1 bulan

6 tahun

2007.05.28 Monday

Along pun dah genap 6 tahun pada 23hb lepas. Banyak perubahan pada Along sekarang ni. Nangis pun dah kurang. Kalau Adik buat hal, dialah yg cepat-cepat tanya dan tolong Adik

6 tahun
6 tahun daaa...

5 Tahun 11 Bulan

2007.04.23 Monday

Sekarang ni dah kurang nangis tak macam dulu. Tapi kalau dah mula nangis tu masih macam dulu.. susah nak stop!.

Sabtu lepas, masa keluar shopping.. dia yang nangis lebih-lebih padahal Adik yg tak dapat mainan yg Adik nak. Adik senang dipujuk. Papa pujuk sekejap dia terus stop nangis.

Sekarang ni menulis pun dah makin rajin.

5 tahun 11 bulan
5 tahun 11 bulan

5 tahun 10 bulan

2007.03.28 Wednesday

Dah 5 tahun 10 bulan rupanya anak mama sorang ni. Pada 23hb. tu terlupa nak ambik gambar walaupun dah diingatkan oleh papa.

Ni gambar yg mama snap masa 24hb. time ikut papa gi gashuku. Gambar-gambar masa gashuku tu nanti upload kemudian.. dah ngantukla..

5 tahun 10 bulan
5 tahun 10 bulan 2 hari

5 tahun 9 bulan

2007.02.23 Friday

Dari semalam Along beritahu rambut dia dah "besar"(panjang sebenarnya tapi dia panggil besar).. Pagi tadi pun sambil breakfast pun dok sebut lagi. Dia kata tak nak rambut besar.. nanti dia jadi kawai(comel)..ahahah...

5 tahun 9 bulan
5 tahun 9 bulan
 1/5PAGES >>