logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

5 tahun 9 bulan

2008.02.21 Thursday

Ni gambar yg mama ambik masa usia Adik genap 5 tahun 9 bulan lima hari lepas. Sibuk memanjang sampai mama tak sempat nak update on that time!.

5 tahun 9 bulan
5 tahun 9 bulan

Perkembangan yang bagus. Adik makin dapat menguasai BM,BI dan MATHS. Minat sangat dia belajar benda-benda baru. Kalau papa ajar Along, dia mulalah sibuk gi dengar. Tinggal semua kerja dia. Kalau makan pun dia sanggup berhenti. Bila tanya soalan pada Along, dia yg cepat nak jawab. Ni yg buat Along patah semangat nak belajar. Nak suruh Adik jangan menyebuk.. kesihan pulak kat dia.

5 tahun 8 bulan

2008.01.18 Friday

Adik sekarang ni makin pandai. Malam ni dia berpakat dgn Along nak tidur sama-sama dalam bilik. Tapi bila Along lena, dia gi tidur bilik dia.Kalau dari awal Along tahu Adik akan tidur bilik Adik, pasti dia tak akan tidur di bilik dia.

Pandai je dia pujuk Along tidur di bilik sendiri.

5 tahun 8 bulan
5 tahun 8 bulan

5 tahun 7 bulan

2007.12.19 Wednesday

Dah 2 bulan mama tak letak gambar Adik dan Along dek perpindahan tempat baru ni.
Ni gambar yang mama snap semalam. Adik dah genap 5 tahun 7 bulan.

Sejak balik Malaysia ni banyak benda baru yang dia belajar. Dua tiga hari ni dia excited sangat sentuh pokok semalu. Seronok sangat bila tengok daun semalu tu tertutup. Papa kata daun tu tertutup sebab malu. So setiap kali dia sentuh daun tu, dia akan sebut "Hazukashi.. hazukashi.. bla..bla..bla.."

5 tahun 7 bulan
"tengok nih......"

pokok semalu
pokok semalu

5 tahun 4 bulan

2007.09.29 Saturday

Adik sekarang dah tak suka kaler pink. Kalau mama beli pakaian kat dia kaler pink mulalah dia membebel.."Mama, pink bakari.. bla..bla..bla.."
Dia kata sekarang ni dia dah suka banyak kaler tak macam tomodachi dia.. masih suka kaler pink. Hehehe konon-konon dia dah upgrade ler tu.

Tapi apa yg mama perhatikan sekarang ni dia lebih suka kaler "mizu iro"(biru laut).

aina
gambar masa graduation day kat sekolah papa

5 tahun 3 bulan

2007.08.17 Friday

Adik dah masuk 5 tahun 3 bulan. Dah hampir 5 tahun Adik tinggal kat jepun ni rupanya. Dari tak pandai merangkak sampailah sekarang.

5 tahun 3 bulan
"Adik dah besarlah.."

5 tahun 2 bulan

2007.07.24 Tuesday

Bulan ni mama kena penyakit "M". Lambat sikitlah nak update gambar Adik untuk 5 tahun 2 bulan.

Tadi masa mama snap gambar ni, dia tengah sibuk dengan telefon. Tak endah langsung bila mama snap gambar dia. Beriya-iya je cakap dengan telefon dia tu.

5 tahun 2 bulan
serius...

5 tahun 1 bulan

2007.06.21 Thursday

Adik sekarang dah pandai bercerita.. apa benda yang berlaku kat youchien, apa yg kawan dia ada.. semua dia cerita.

Cara dia bercerita pun dah style budak jepun.. "anou ne.. bla bla bla.. anou ne.. bla..bla bla."

Kalau cerita apa yg kawan dia ada pulak.. " anou ne.. ____chan ne bla bla bla.. emm kawaii..." Beriya betul sebut perkataan kawaii tu. Macam dia nak juga tapi dia tak pula minta.

Sekarang ni dia dah tak minta yg bukan-bukan. Dia takut duit dia abis.. Sekarang ni, apa yg dia nak kena guna duit dia. Target dia, duit harian yg mama or papa bagi nak simpan untuk pergi Disneysea.

adik
5 tahun 1 bulan

5 tahun daa..

2007.05.28 Monday

17hb. lepas umur Adik dah genap 5 tahun. Tak selebrate apa pun.. mama dan papa semua bz. Plan nak buat kek.. tapi tak menjadi lagi. Lilin utk 5 tahun dah lama beli. Bilalah nak buat ni..

Tadi sebelum tidur.."Adik dah nenchu la.. mama. Sensei kata kena pakai baju sendiri. Esok Adik nak pakai baju sendiri".. err sebelum ni susah sungguh nak suruh dia pakai baju sekolah sendiri.. nak tunggu siap dia pakai sendiri. Alamak setengah hari kot baru siap. Sambil pakain baju tu.. macam-macam benda dia nak main.

aina

4 tahun 11 bulan

2007.04.20 Friday

Bulan depan umur Adik genap 5 tahun. Ni gambar Adik baru baik dari demam. Dua hari lepas Adik demam. Terpaksa cuti sehari tak gi sekolah. Tu pun puas mama pujuk supaya cuti. Kalau ikut dia, memang tak nak cutinya.

Sehari sebelum tu pun badan dia nak mula panas. Tapi gi juga sekolah. Time balik sekolah tu, nampak mama terus nak nangis sebab tak larat.. kesian.. ポロリ

4 tahun 11 bulan
4 tahun 11 bulan

4 tahun 10 bulan

2007.03.18 Sunday

Rupanya semalam umur Adik dah genap 4 tahun 10 bulan. Dia dah makin faham nihongo. Kat rumah pun asyik cakap nihongo. Kalau tengok cerita kartun yg dia minat sampai boleh tak bergerak-gerak.

Sekarang dia dah pandai search apa yg dia nak cari guna google. Nak buat origami pun dah pandai search sendiri kat internet. Kalau nak tengok cerita yg dia suka pula dah pandai search kat youtube.

4 tahun 10 bulan
masa shuryoushiki semalam
 1/5PAGES >>