logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Koudaisai 2005

2005.10.26 Wednesday

Hari Sabtu dan Ahad lepas pula sibuk dengan koudaisai. Hari jumaat sebelum tu sibuk buat persiapannya. Kali ni kat gerai jual murtabak dengan roti jala. Tugas mama sediakan inti murtabak dan buat kari.

Papa pun sibuk jugalan kat gerai. Along yang banyak bertanya ni.. tanya kat mama.."naper kat rumah papa tak masak?"..

koudaisai
"Irrashaimase...irrashaimase.."


koudaisai
"apa yg lucu tu papa.. tersenyum je"

Koudaisai 2004

2004.10.24 Sunday

Hari kedua dan juga merupakan hari terakhir untuk koudaisai 2004. Kali ni kueh karipap mama yang buatkan. Karipap mama nampaknya mendapat sambutan. Ada yang datang nak beli lagi kueh karipap tapi sayang karipap dah habis.

Hari ni juga gerai terpaksa ditutup awal. Lebih kurang pukul 3.00 petang. Murtabak dan kueh semua dah licin. Habis dijual walaupun hari ni murtabak dibuat dua kali ganda lebih dari semalam. Rasanya kalau buat banyak lagi pun pasti akan habis. Sebabnya masih ramai lagi yang datang bertanya.

Walaupun gaya penerbaran roti murtabak oleh Halim dan juga Amir tak sehebat gaya penjual murtabak di Malaysia, namun cayalah!.. tahun depan boleh buka gerai lagi...

Koudaisai 2004
menunggu ....


Koudaisai 2004
sibuk layan pelanggan


Koudaisai 2004
sibuk dgn kerja masing-masing


Koudaisai 2004
bergambar sebagai kenangan...selepas tutup gerai


Koudaisai 2004
giliran masak untuk kami semua pula berbuka puasa


Koudaisai 2004
sabar menunggu ... amir tengah goreng bihun


Koudaisai 2004
dah masuk time berbuka


Koudaisai 2004
eemmmm.. yummy...yummy..yummy..


Koudaisai 2004
Gembira setelah perut kenyang


Koudaisai 2004
Adik dgn gayanya


Koudaisai 2004
entah apalah along ni


Koudaisai 2004

2004.10.23 Saturday

Hari ni mama dan papa sibuk sikit.. tolong mana yang boleh kat gerai. Koudaisai kali ni papa dan kawan-kawan papa buka gerai jual makanan Malaysia. Makanan yang dijual utama yang dijual ialah. Makanan sampingan ada jugalah seperti kueh lapis, kueh keria, onde-onde, puding jagung dan karipap.

Nasib baik Along dan Adik tak buat hal. Bolehlah mama tolong mana yang boleh kat gerai tu. Nampaknya murtabak mendapat sambutan. Gerai sepatutnya buka sampai pukul 8.00 malam. Tapi pukul 3.00 petang makanan dah abih. Terpaksalah ditutup awal.

koudaisai
"Malaysia Stall"


Koudaisai
Bersiap sedia untuk buka gerai


Koudaisai 2004
di antara kueh yang dijual


Koudaisai 2004
Pelanggan sedang menunggu murtabaknya


Koudaisai 2004
Persembahan pelajar TIT


Koudaisai 2004
Along sedang makan banana choko


Koudaisai 2004
main kejar-kejar

 1/1PAGES