logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Ubat paling mujarat

2008.04.15 Tuesday

Along kalau nangis, ubat paling mujaratnya papa takleh ada kat rumah. Kalau papa ada menjadi-jadi je nangis dia.. susah sungguh nak berhenti.

Hari ni dia tak gi sekolah. Bangun pagi tadi sakit gigi. Menangis sampai tertonggeng-tonggeng. Dari pukul 7pg sampai kul 8 pg dok menangis. Lepas tu tak sampai 5 minit papa keluar gi kerja, terus stop nangis. Tetiba je boleh senyap. Boleh main game kat pc.. siap buat bunyi-bunyi lagi mulut dia.

Dari dulu sampai sekarang tak berubah lagi sifat dia. Kalau ada papa, menangis dia memang menjadi-jadi. Susah nak berhenti. Sama juga kalau pergi shopping dengan papa. Apa saja barang yg dia nak tak dapat mulalah buat perangai macam-macam kat supermarket tu. Tapi kalau pergi shopping tanpa papa, dia akan ikut je mama tanpa banyak soal. Kalau mama kata tak boleh beli barang yang dia nak.. dia diam je. Tak tunjuk apa-apa protes. Tapi kekadang ada juga mama perhatikan dia gosok air mata. Sedih sebab tak dapat benda yang dia nak.

Tadi lepas hantar Adik gi tadika. Mama bawa Along jumpa doktor. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Gigi yg sakit tu tak boleh lagi dicabut. Doktor kata belum sampai masanya lagi gigi sementara tu dicabut. Kalau cabut juga, gigi yg tumbuh lepas ni tak tersusun elok. Sebab gigi yg berhampiran dengannya akan bergerak ke arah ruang gigi yg dah dicabut. Ini kesan untuk jangka panjang.

First time!

2008.01.31 Thursday

First time Along beli kat sekolah setelah hampir sebulan bersekolah. Inilah barang yang dia beli di koperasi sekolah semalam. 4 ketul pemadam dan 3 ekor itik untuk Adik. Dalam gambar ni hanya ada 3 ketul pemadam sebab seketul dia dah bawa gi sekolah hari ni.

pemadam
yg kawai tu untuk Adik

Excited dia balik bercerita pada mama sambil tunjuk barang yang dia beli dengan baki duit yang dia ada. Adik pun seronok sesangatlah sebab ada barang untuknya.
Baki duit yang dia bawa balik semalam 30 sen. Apa dia kata dengan duit 30 sen tu.. "kat sekolah Along duit ni boleh guna juga"... Hahaha excited pula tu gitau... mesti sebelum ni dia fikir hanya duit kertas yang boleh digunakan.

Dua tiga hari sebelum tu mama ajar dia gi beli barang sendiri di kedai runcit. Mama bagi duit kertas kat dia dan mama hanya tunggu dalam kereta. Kalau tak silap 2-3 kali mama buat macam ni... bagi duit kertas kat dia. Mungkin sebab tu ler dia fikir hanya duit kertas yg boleh digunakan.

Pemadam tu dia beli sampai 4 ketul. Katanya untuk main jentik dengan tangan. Kawan dia beli lagi banyak dari dia.

Hari ni entah apa pulaklah yang dibelinya.

Chickenpox

2008.01.13 Sunday

Dah 3 hari Along kena chickenpox. Dari hari jumaat sehinggalah hari ni. Hari ni dah makin bertambah baik. Doktor bagi mc sehingga esok.

Esok nak kena bawa gi jumpa doktor lagi.. doktor nak tengok sama ada kena bagi mc lagi ke atau dah boleh gi sekolah. Kata doktor walaupun dah nampak kering dan hitam-hitam, masih ada virus yg boleh berjangkit pd orang lain.

Chickenpox yang Along dapat ni banyak pada bahagian leher ke kepala. Termasuklah bahagian muka. Hanya sikit-sikit pada bahagian badan ke bawah. Abih ler rosak muka anak mama ni.. nampak gaya kena gi beli ubat yg boleh hilangkan parut.

Along oh Along..

2008.01.10 Thursday

Masa kat Midori youchien dulu, kalau Along demam mama terpaksa pujuk dia supaya tak gi sekolah. Sekarang ni dah lain pula, bila tanya dia tak sihat ke?.. cepat je dia jawab.."ESOK TAK PAYAH GI SEKOLAHLAH".

Baru sekolah 4 hari Along dah takde semangat nak gi sekolah. Gara-gara kena ejek oleh kawan-kawan masa kat dalam kelas. Semalam pencil dia kena curi, dia kata ada budak gemuk dalam kelas tolak dia dan ambik pencil dia. Dia panggil cikgu, tapi cikgu tak dengar.. Ehehe ni mesti Along panggil dengan suara yang perlahan.

Bersambung... mama nak gi tengok tv..

Karada to atama

2007.07.22 Sunday

"Atama nak, karada tokse(tak mau)..." emmm.. macam mana nih!
Along bagitahu papa bila tengok papa minum air gas. Dia terasa nak minum tapi dia tahu air gas tu tak elok untuk badannya.

Otanjoubi

2007.05.24 Thursday

Semalam genap umur Along 6 tahun. Kat youchien semalam senseinya dan ucap otanjoubi omedetou.. pastu dia cerita kat sensei mama nak buat kek.. Heheh sorry ye Along.. mama sibuk sangat.. tak dan nak buat. Mungkin sabtu nanti kita selebrate sekali dgn birthday Adik. Papa sekarang ni pun tengah sibuk juga.

Semalam mama bagi hadiah satu set sudu dan garfu yg besar sikit dari yg biasa dia guna.. tapi tak balut cantik-cantik. So hadiah semalam tu tak dikira sebagai "purezento". Dia minta yg lain. Kalau balut semula sudu dan garfu tu pun tak boleh sebab dia dah tahu.. uhuhu ada-ada je alasan Along ni.

Youchien dah pun buat otanjoukai sabtu lepas.. ada masa nanti mama upload gambar-gambar masa otanjoukai tu.

Omoshiroi kao

2007.04.22 Sunday

7 nin omoshiroi kao- 7 orang muka-muka yang lucu
Oleh : Along
omoshiroi kao
omoshiroi kao (おもしろい かお ー 7にん)

punpun
punpun

kunkun
kunkun

kunkun
kunkun

gongon1
gongon

gongon
gongon

kankan
kankan

kankan
kankan

Along ni jenis kidal. Tulisan pun jadi terbalik.. kekadang walaupun dia tiru tulisan dari buku.. masih juga terbalik.

Dah sihat

2006.12.18 Monday

Sepanjang minggu lepas Along kurang sihat. Mulutnya sakit. Mungkin sebab musim sekarang yang kering ni. Nak makan pun susah. Lepas bawa jumpa doktor, sakit mulutnya semakin baik.

Kalau minggu lepas, boleh dikatakan setiap kali bangun pagi asyik nak nangis. Tapi hari ni Along dah boleh tersenyum. Mulut dah tak keluar darah lagi. Sekarang ni hanya tinggal sedikit kesannya lagi sebelum baik sepenuhnya.

dah sihat
dah boleh senyum

Tak bermaya..

2006.12.07 Thursday

Akhirnya Along tak bermaya juga nak gi sekolah. Tadi dah sampai kat youchien, tapi tak sempat masuk kelas ajak mama balik. Terpaksalah mama gi jumpa sensei dia beritahu nak cuti hari ni.

Sebelum pergi tadi, mama dah tanya ok ke nak ke sekolah.. dia kata ok. So mama siapkanlah bento dia dan adik.

Nampaknya Along tewas juga. Tahun lepas Along tak pernah cuti. Di akhir tahun tu dia dapatlah anugerah pelajar tak ponteng kelas.

Along demam

2006.12.06 Wednesday

Hari ni Along pula demam. Suhu badan dia nak sampai 38.4 degree. Tapi berkeras nak juga gi sekolah.

Hari ni ada ambik gambar untuk hapyoukai lepas. Tadi mama gi tolong salin baju. Badan dia masih panas lagi sikit.. Bila tanya nak ikut mama balik ke.. tetap tak nak.

Lepas ambik gambar tadi, adalah persembahan untuk mak yg datang salin baju ni. Tapi Along tak seceria seperti masa hapyoukai hari tu.. kasian anak mama!

Along memang suka sangat gi sekolah. Kalau boleh hari-hari nak mama gi ambik lewat dan kalau ikutkan dia hari-hari nak masuk usachan club(utk yg mak yg nak ambik lewat). Tapi botak ler kepala.. hari-hari nak masuk club tu.. club tu kena bayar lain.
 1/5PAGES >>