logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

この広告は60日以上更新がないブログに表示されております。
新しい記事を書くことで広告を消すことができます。
| - | -

Obento

2007.06.19 Tuesday

obento

Obento

2007.06.08 Friday

Sekarang ni setiap hari Along dan Adik minta diletakkan cherry tomato dalam bento. Suka sangat dia orang ni makan cherry tomato tu.

obento
da simple!

Obento

2007.05.29 Tuesday

Mama dah tak macam dulu lagi. Bz memanjang sampai tak dan nak update gambar obento Adik dan Along setiap hari. Sebelum mama keluar shopping barang dapur hari ni, baik update dulu gambar-gambar obento utk hari ni dan ada yg minggu lepas.

obento
kyou no obento


Obento minggu lepas
obento
minggu lepas

obento
pokemon monster ball

onigiri
onigiri hello kitty


Onigiri hello kitty tu konon utk obento Adik. Tapi dia tak nak pulak. Nak bawa roti je utk hari tu.

Obento

2007.05.15 Tuesday

Rasanya lama tak masukkan gambar-gambar obento Along dan Adik. Selalu snap tapi tak sempat nak masukkan kat sini.

obento
Obento Along dan Adik untuk hari ni


Obento sebelum ni...

obento

obento

Yaki onigiri

2007.03.01 Thursday

Kalau tanya Along dan Adik, nak masak apa untuk obento dia. Mesti dijawabnya onigiri. Kalau hari-hari bawa onigiri pun tak kisah.

Hari ni mama buat yaki onigiri lagi. Cuma caranya lain dari yang sebelum ni. Kali ni letak shake kat dalam onigiri tu.


obento
onigiri,potato croquette, tomato dan baby corn

Sembei

2007.02.23 Friday

Semalam Adik minta onigiri dgn furikake utk obento dia hari ni. Along pula minta yaki onigiri. So hari ni mama buat yaki onigiri then letak furikake. Furikake tu mama buat sendiri. Sebelum ni main beli je.. tak pernah terfikir nak buat sendiri.

Lepas baca blog Kak Hani baru dpt idea.. thanx kak hani. Tapi mama buat furikake dgn tuna,umeboshi,celary dan bijan. Emm rasanya lagi sedap dr beli. Balik youchien tadi minta nak makan gohan dgn furikake ni lagi.

Tadi mama buat onigiri bentuk senbei.. Along kata semua tomodachi dia tengok.Termasuk juga sensei.

obento
onigiri

Makizushi

2007.01.30 Tuesday

Hari ni buat makizushi utk obento Adik dan Along. Bila dah siap gaul nasi dengan cuka utk sushi tu baru sedar nori hanya tinggal sekeping. Terpaksalah tambal-tambal nori mickey kat makizushi tu..

makizushi
makizushi

Yaki onigiri

2007.01.24 Wednesday

Akhir-akhir ni Adik dan Along selalu minta yaki onigiri untuk obento. Sedap sangat agaknya. Kekadang sarapan pagi pun minta yaki onigiri. Pergi sekolah bawa yaki onigiri lagi.

obento
yaki onigiri, sotong goreng, tomato, lettuce, jelly

Cute pita bread

2007.01.19 Friday

Hari ni mama buat pita bread untuk obento Along, Adik dan papa. Tapi papa terlupa nak bawalah pula bento dia hari ni.

obento
mickey for Along, usahana for Adik

Obento

2007.01.15 Monday

Bangun pagi tadi terkejut mama bila tengok beras ada sikit. Nasib baik cukup juga untuk buat bento Adik, Along dan papa dan juga onigiri untuk makan pagi.

Lupalah pula nak check sebelum gi shopping kelmarin. Inilah obento Adik dan Along untuk hari ini.

obento
gohan,furikake,nori,maguro no tatsuta age, kubis goreng,mikan

Obento

2007.01.12 Friday

First obento Adik dan Along selepas fuyu yasumi(winter holiday). Hari ni dah masuk hari ketiga Along dan Adik gi sekolah selepas fuyu yasumi.

Obento hari ni sensei suruh bawa sikit sebab ada omochitsuki.
obento
yaki onigiri, tempura ika dan sarada

Last obento

2006.12.13 Wednesday

Hari ni last obento sebelum fuyu yasumi(winter holiday). Kalau obento semalam ichigo, hari ni pun Adik dan Along minta ichigo lagi..

obento
onigiri, ayam bakar, kentang, tomato dan strawberi

Obento

2006.12.11 Monday

Kawan-kawan Along yang lain hari ni tak payah bawa obento. Pihak youchien telah sediakan(kyusyoku obento). Jadi nak samakan dengan yang lain mama sediakan bento Along ikut menu kyusyoku hari ini. So Adik pun samalah.

obento
kari jepun, butter roll, waffle, salada dan fresh milk. Ichigo tu saja.. nak penuhkan bekas.

Obento minggu lepas

2006.11.20 Monday

Minggu lepas mama hanya sempat snap 2 kali saja gambar bento Along dan Adik
obento
ni obento untuk 15/11/2006


obento
obento utk 17/11/2006

Obento

2006.11.14 Tuesday

Obento Along dan Adik untuk hari ni.

obento

Obento

2006.11.10 Friday

Lama mama tak me-report obento Along dan Adik kat sini. Sibuk memanjang.. kekadang ambik gambar tapi tak sempat nak letak kat sini.

Hari ni mama sediakan bento yang simple untuk Adik dan Along.. walaupun simple Adik kata "omoshiroi!.."
obento
2 bento yang sama cuma dessert yang berbeza ikut selera masing-masing

Onigiri

2006.10.12 Thursday

Untuk obento hari ni Adik dan Along nak bawa sikit saja. 2 onigiri, salada, dan buah oren untuk Adik dan Along pula buah kaki.

obento
obento

Mee goreng

2006.10.05 Thursday

Obento Along dan Adik untuk hari ni.

obento
mee goreng, ayam goreng, brokoli, tomato dan anggur

Obento

2006.09.29 Friday

Sibuk sungguh mama sekarang. Dah tak macam dulu. Dah tak sempat nak ambik gambar bento along dan Adik untuk setiap hari. Kekadang bento pun tak berhias.

Along dan Adik minta roti sosej untuk bentonya hari ni.
obento
roti sosej, ebi fry dan brokoli


Ni pula gambar bento yg entah bila.. mama dah lupalah.
obento
simple..

Obento

2006.09.21 Thursday

Lama mama tak buat entry.. sibuk memanjang. Kerap juga mama ambik gambar bento Adik dan Along tapi tak sempat nak buat boh kat sini.

Hari ni menu kyusyoku adalah nasi, kari labu(japan style), tempura terung dan grapefruit. Jadi mama ikut saja menu tu untuk bento Along hari ni.

obento along
obento Along

Untuk Adik, mama tak letak kari. Hanya letak tempura ebi, tempura kabocya(labu), grapefruit dan juga nasi.

obento adik
obento Adik

Obento

2006.09.11 Monday

Hari ni 1st bento Adik dan Along untuk semester ni. Semester ni nenchu(tahun 2 tadika) dan start kyusyoku-obento (obento yg disediakan oleh pihak tadika). Tapi banyak benda yang takleh dimakan. Jadi untuk Along mama ambik keputusan untuk masak sendiri tapi ikut menu kyusyoku.

2 kali seminggu tak payahlah mama pening kepala fikir pasal obento. Kyusyoku obento untuk nenchu hanya 2 kali seminggu. Hari lain students kena bawa sendiri.

Menu kyusyoku hari ni kari jepun, waffle, sandwich dan juga fresh milk. Untuk bento Adik mama ikut sama macam Along tapi tak letak kari. Untuk kelas Adik (nenshou) takde kyusyoku obento.

obento
obento Adik dan Along

Onigiri lagi

2006.06.09 Friday

Semalam dah buat onigiri untuk bento Along. Hari ni Adik pula minta onigiri. Jadi bento Along untuk hari ni pun onigiri jugalah. Along tak kisah. Kalau setiap hari bawa onigiri lagi dia suka.

Tadi lepas siapkan bento Along, Adik dan papa ada lagi nasi yang lebih. Jadi mama buatlah 2 biji onigiri lagi. Satu untuk Along dan satu untuk Adik buat sarapan. Tapi kedua-dua biji tu dimakan oleh Adik. Menangis Along. Terpaksa mama ambik sikit nasi dari bento papa untuk buat onigiri sebiji lagi.

Hari ni Adik bangkit awal. Lepas mandi dan pakai baju terus je ambik makanan. Along masa tu masih tidur lagi. Mama dah ingatkan pada Adik, simpan satu onigiri untuk Along. Pada mulanya dia ingat pesanan mama tu tapi entah macam mana dia boleh lupa. Sambil tengok Along pakai baju, mulut pula dok mengunyah. Bila mama tengok, dah habis separuh dimakannya. Berselera sungguh Adik bersarapan hari ni. Habis dua biji onigiri, 2 biji donut dan segelas jus sayur.

Untuk bento Adik hari ni mama masukkan onigiri dan donut. Donut ni pun ambik resepi kat myresipi.com

obento
Adik punya

obento
Along punya

Obento

2006.06.08 Thursday

Hari ni obento adik roti lagi.. terpaksa mama fikir bermacam jenis roti untuk bento Adik. Hanya bento roti saja yang dia makan habis. Resepi roti ni mama ambik kat myresipi.com. Adik dan Along memang suka. Terpaksa mama buat dua kali.

obento
Adik punya

obento
Along punya

Kena bekalkan roti laa..

2006.06.05 Monday

Nampaknya kena bekalkan pan(roti) lah untuk bento Adik. Setakat ni bila bawa pan saja yang dia makan habis. Kalau tak hanya makan dessert saja. Hari ni pun hanya dessert yang dimakannya. Sensei dia beritahu suruh bekalkan pan je lah kalau gitu.


Emm terpaksalah mama fikirkan pelbagai jenis pan. Tak kan nak bekalkan pan yang sama setiap hari..

Along pula kalau onigiri pasti tak tolak. Hari ni mama terlebih siapkan onigiri untuk papa. Dialah yang tolong habiskan buat breadfast pagi tadi. Obento dia sentiasa licin. Balik rumah tadi dia tolong habiskan onigiri Adik. Memang berselera betul Along kalau makan beras jepun berbanding dengan beras thai.

obento
obento Adik


obento
obento Along

Roti lagi..

2006.06.02 Friday

Adik masih tak nak bawa nasi gi sekolah. Masih nak bawa roti. Puas mama pujuk. At last mama masukkan roti yang lebih mama buat semalam. Senang kerja mama kalau macam ni.

obento
Adik no obento

obento
Along no obento

Tak sama

2006.06.01 Thursday

Dua bento yang berbeza. Adik tak nak makan nasi. Along pulak nasi(gohan) wajib ada. Terpaksa mama ikut kehendak anak-anak terutama Adik. Kalau nak suruh dia makan terpaksalah bawa apa yang dia nak. Kalau tak dia tak akan makan.. Berbeza dengan Along akan makan apa saja yang mama bekalkan untuknya.

Obento Along

obento
gohan, maguro hamburger, ninjin, jelly

Obento Adik

obento
roti anpanman, anpanman potato, jelly

Obento hari ni dan semalam

2006.05.25 Thursday

Obento hari ni.
- First time Adik habiskan bento setelah mama kekeringan idea nak sediakan bento untuknya. Balik tadi dia minta mama tunaikan janji mama padanya. 2 benda mama janji kalau dia berjaya habiskan bento, beli coklat dan dapat pakai stokin baru gi sekolah esok.

- Along macam biasa..licin

obento


obento

Obento semalam.
- Adik hanya makan 1 btg edamame
- Along macam biasa..licin
obento


obento

Pikachu

2006.05.23 Tuesday

Untuk bento hari ni Along minta mama siapkan onigiri pikachu. Inilah hasilnya. Along cerita semua tomodachi tengok bento dia. Pastu masa mama ambik Along tadi, sensei beritahu mama.. " segoi ne obento pikachu... "
obento
bento Along

Ini pula obento Adik untuk hari ni. Takde mood mama nak hiaskan bento dia. Buat macam mana cantik pun dia tetap tak nak makan. Selalu bento dia tak habis. Hanya buah saja yang dia habiskan.
obento
bento Adik

Obento

2006.05.18 Thursday

Obento Along dan Adik untuk hari ni. Sejak Adik bawa bento, tak pernah lagi dia habiskan. Hari ni mama buat onigiri kitty macam yang dia nak. Tengoklah macam mana nanti.. habis ke tak.

Along pula bawa gohan dengan furikake. Dia tak bagi mama letak terus kat atas gohan. Nak letak sendiri kat sekolah. Katanya nak buat macam kawan dia.

obento
onigiri, brokoli, carrot, jagung muda, sosej dan oren

obento
gohan,sosej, tamagoyaki,boukenja furikake, brokoli, carrot, jagung muda dan oren

Hanya jelly

2006.05.11 Thursday

Hari ni Adik hanya makan jelly je.. tak tahulah mama nak masak apa kat dia. Semua kata tak sedap..しょんぼり
 1/4PAGES >>