logo

スポンサーサイト

2008.06.15 Sunday

一定期間更新がないため広告を表示しています

| - | -

Eh laici ke ni ?

2008.04.21 Monday

Hari ni Adik dan Along mengenal benda baru. Hahaha.. buah rambutan dikatanya laici.
rambutan
"eh laici ke ni..."

afiq
"eh bukan lah.."

aina
Adik suka sangat makan rambutan

Kenduri kahwin

2008.02.11 Monday

Sejak balik Malaysia ni dah dua kali Adik dan Along gi kenduri kahwin. Kali pertama hari raya korban yg ke 2 kat rumah toksu. Kali ke dua pula kenduri kahwin kawan papa.

Masa kenduri kat rumah toksu tu, Along makan banyak sebab ada geng. Tapi Aina masa ni takleh lagi terima masakan Malaysia. Sedikit pun makanan tak dimasuk ke dalam mulutnya.

kahwin
menantu toksu


Kali kedua ni pula, Along buat hal kat tempat kenduri. Nasib baik tak melarat..
Nampak kuah kari tumpah atas meja.. dia dah tak selesa..terus tak nak makan.. mulalah buat hal.. cerewet sungguh anak mama sorang ni.. Kalau macam ni susah nak bawa gi kenduri.

kahwin
kawan papa

Mottainai

2008.01.30 Wednesday

Semalam lepas hantar Along gi kelas KAFA, mama dan Adik gi shopping. Adik belum sihat sepenuhnya lagi tapi nak buat macam mana banyak barang kat rumah dah abis. Sampai kat pusat bandar tu, gate keretapi ditutup ler pula. Jenuh nak menunggu. Keretapi entah kat mana.. tak nampak kelibat lagi. Tapi gate tu dah tutup awal-awal.

Nak hilangkan bosan menunggu dalam kereta, mama sembang ler dengan Adik. Tanya Adik nak naik densha(keretapi) ke.. mana tahu rindu nak naik densha ke.. Maklum ler masa kat jepun dulu hampir setiap minggu naik densha. Apa dia jawab .." Tak nak. Densha kat Malaysia ni buruklah.." Pastu dia pula tanya mama.. kenapa kat Malaysia ni ada sampah merata-rata. Emm.. mama gitaulah sikap sebenar kebanyakkan orang Malaysia ni yg suka buang sampai merata-rata.. Dengan muka yg peliknya.. "ooo.. ni kena nyanyi lagu MOTTAINAI .." Pastu dia terus nyanyi lagu tu antara ingat dengan tidak lagu yg pernah dia nyanyi masa di midori youchien dulu.

Sampai sekarang, Along dangan Adik kalau nampak org buang sampai merata-rata dia rasa pelik.. nak nak masa naik kereta bila nampak kereta depan tu buang sampah dari dalam kereta.. mulalah dia sibuk tanya kenapa org tu buat gitu..

Pernah tu, masa gi kg wife kawan papa. Along tanya kenapa buang sampah kat tepi sungai. Nasib baik tanya dalam nihongo.. tuan rumah tak faham. Mula-mula sampai tu dia excited nak tengok sungai kat belakang rumah. Bila nampak sampah merata-rata dia dah mula rasa tak selesa. Langkah pun berhati-hati.. sambil angkat seluar dia.

Harap-harap Adik dan Along tak akan terikut dengan sikap orang Malaysia yang suka buang sampah merata-rata.

aina

Adik pula

2008.01.29 Tuesday

Adik pula kena chickenpox. Terpaksa cuti seminggu..

Fail!

2008.01.18 Friday

Percubaan Adik untuk ajar Along tidur sorang-sorang dalam bilik sendiri gagal!.
Semalam Adik kata nak tidur sama-sama dengan Along dalam bilik Along. Malam sebelum tu Along tidur sama-sama di bilik Adik. Tapi bila Along lena, Adik pula bangun gi tidur bilik dia.

Tengah-tengah malam, mama terkejut bila dengar Along nangis. Terpaksa angkat dia masuk tidur bilik mama.

Bila tanya pagi ni naper Along nangis.. dia kata "yume"(mimpi) . Dia mimpi jumpa hantu yang dalam cerita kartun ben 10. Sebab tu ler dia nangis. Patut ler dia cakap yang bukan-bukan bila tanya semalam. Tapi sepatah pun tak keluar dalam bahasa melayu.. semuanya dia jawab dalam nihongo.

Aduih.. parah anak mama ni.. kuat sangat tengok kartun ben 10 tu sampai terbawa-bawa dalam tidur.


Aiskrim

2007.10.02 Tuesday

Entah sejak bila Adik dan Along suka makan ais krim bijan hitam ni. Sebut saja nak gi makan kat luar.. dia org dah siap planning nak beli aiskrim "kuro goma" ni.
Pastu sambil makan,sambil gelak tengok rupa masing-masing..

afiq
emm.. cedap..

afiq
eheheh....

aina
ni pula rupa Adik lepas makan kuro goma aiskrim

Mikan no akachan

2007.06.14 Thursday

Sekarang ni, kalau nak cuci baju sekolah Adik dan Along kena check poket seluar tu. Kekadang penuh dengan putik limau(mikan no akachan). Dia orang kutip kat youchien utk tanam dalam pasu kunyit mama.

Hari-hari dia orang siram air nak bagi mikan no akachan tu besar. Biar jadi kuning katanya. ニコニコ

limau

Buah rotan

2007.05.30 Wednesday

Adik dan Along, kalau makanan malaysia ni susah betul nak makan. Tambah-tambah kalau kuih. Tapi buah rotan ni dia makanlah pulak. Dorang fikir ni makanan jepun, alasannya sebab ada goma(bijan).

buah rotan
buah rotan

Mengira

2007.03.23 Friday

Malam kelmarin Adik suruh papa dengar apa yg dia sebut..
" ni to ni wa..." (2 + 2 =...)
" ichi to ni wa..." (1 + 2 =...)
" san to yon wa..."( 3 + 4 =...)
... dan banyak lagi nombor-nombor yang dia sebut tanpa ikut susunan. dan semua yang disebut tu betul. Bila tanya pada Along pun dia dah boleh jawab dengan betul.

Terkejut papa dan mama dibuatnya. Sebelum ni tak pernah lagi dengar dia orang mengira dan mama sendiri pun tak pernah ajar. Mungkin dia orang dah belajar kat tadika. Cara tadika kat sini mengajar mungkin lain sikit. Takde pun buku khas untuk menulis dan tak pernah pun Adik dan Along bawa balik buku yg dia belajar menulis.

Kalau tengok sekali pintas kat tadika tu, budak-budak hanya bermain saja. Tapi sebenarnya sambil bermain tu secara tak langsung sensei ajar membaca, menulis dan mengira. No wonder, sekarang ni Adik dan Along dah pandai baca dan tulis katakana dan hiragana.

Tonari no totoro

2007.02.02 Friday

Sejak gi Ghibli Museum hari tu, Adik dan Along setiap hari bila balik sekolah buka dvd tonari no totoro. Puas tengok dalam bahasa jepun ditukarnya dalam english..

Bila tengok dalam english dorang akan translate pula mana-mana sebutan yg menarik tu ke dalam nihongo. Lepas tu gelak sama-sama. Memang dah ingat apa yang akan berlaku seterusnya..perkataan apa yang disebut.

Dvd tonari no totoro tu dah lama beli sebenarnya. Masa tu Adik belum tahu apa-apa lagi. Hanya Along yang selalu tengok. Tapi sekarang ni dua-dua dah faham, lagi seronoklah dia orang tengok.
 1/4PAGES >>